DUNGUN 27 Dis. – Mayat seorang lelaki yang lemas ketika berenang dalam cubaan untuk mengelak ditangkap polis di sungai berhampiran Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Dungun semalam, ditemukan tengahari tadi. Mayat lelaki berusia 39 tahun itu dijumpai pasukan mencari dan menyelamat pukul 1 tengahari, kira-kira 3 kilometer dari lokasi terakhir mangsa dikesan. Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mayat lelaki tersebut ditemukan tersangkut pada dahan pokok di tebing…










