DUNGUN – Mayat dua daripada tiga beradik perempuan yang hilang akibat dihanyutkan ombak besar di Pantai Teluk Gadung di sini semalam telah ditemui hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintendan Mohamad Zohan Seman berkata, mayat pertama, Nurain Sofia Zawawi, 8, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 7.30 pagi. “Mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui terapung di permukaan laut pada kedudukan kira-kira 10 meter dari lokasinya dilaporkan hilang.…










