Mayat berbungkus selimut miliki 10 rekod jenayah lampau - Utusan Malaysia

Mayat berbungkus selimut miliki 10 rekod jenayah lampau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 13 Dis. – Identiti mayat yang ditemukan reput dengan dibaluti selimut di Kampung Sungai Sireh Tambahan 2, Pelabuhan Klang, Isnin lalu adalah seorang lelaki Cina yang memiliki 10 rekod jenayah lampau.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, ia hasil semakan terhadap identiti mayat tersebut selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) hari ini.

“Hasil bedah siasat mendapati mayat itu seorang lelaki warga tempatan dengan mempunyai tanda suntikan bacille calmette-guerin (BCG) dengan mayat dipercayai telah berada dalam air antara lima hingga tujuh hari.

“Semakan rekod terhadap cap jari mendapati mangsa adalah lelaki Cina berusia 56 tahun dan mempunyai 10 rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Shamsul, kesemua rekod jenayah lampau tersebut melibatkan enam kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan dua di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya.

“Selain itu, si mati juga didapati mempunyai masing-masing kesalahan mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka dan Seksyen 15 Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA),” katanya.

Isnin lalu, akhbar melaporkan Penduduk Kam­pung Sungai Sireh Tambahan 2, Pelabuhan Klang gempar dengan penemuan mayat berbalut selimut dan dipercayai dibunuh ditempat lain sebelum dicampak di kawasan itu. – Utusan Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×