Maut forklift dinaiki jatuh daripada kren - Utusan Malaysia

Maut forklift dinaiki jatuh daripada kren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 10 Dis. – Seorang pekerja di sebuah kilang pembuatan plastik di Lorong Perusahaan Perai Dua di sini maut setelah kenderaan mengangkut barang (forklift) yang dinaikinya terjatuh daripada kren hari ini.

Difahamkan mangsa yang berada di dalam forklift itu dihempap kenderaan berkenaan dan mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.47 pagi itu mangsa yang berusia 65 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, setibanya di lokasi kejadian pihak bomba dimaklumkan mangsa yang berada di dalam forklift itu telah terjatuh bersama kenderaan itu.

“Kejadian berlaku ketika proses menaikkan forklift ke tingkat empat dengan menggunakan kren di sebuah bangunan di kilang itu.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan disahkan oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Seberang Jaya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN