Maszlee nafi mahu masukkan 1MDB dalam subjek Sejarah - Utusan Malaysia

Maszlee nafi mahu masukkan 1MDB dalam subjek Sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menafikan laporan media bahawa skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dimasukkan ke dalam silibus mata pelajaran Sejarah di sekolah.

Setiausaha Akhbarnya, Shahrul Aman Mohd Saari berkata, perkataan sejarah yang disebut Maszlee tidak merujuk kepada sukatan pelajaran sebaliknya merujuk kepada sejarah Malaysia secara amnya.

Menurutnya, laporan media berkenaan adalah tidak tepat kerana keputusan untuk memasukkan isu 1MDB ke dalam subjek Sejarah terserah kepada jawatankuasa kajian kurikulum Kementerian Pendidikan.

“Merujuk kepada laporan media yang memetik jawapan lisan di Dewan Rakyat semalam, Maszlee tidak sama sekali kes 1MDB akan dimasukkan ke dalam silibus subjek Sejarah Malaysia adalah tidak tepat.

“Kerjasama media dipohon agar membuat pembetulan bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Maszlee semalam memberi jaminan skandal 1MDB akan dimasukkan dalam mata pelajaran Sejarah agar generasi masa depan tidak akan mengulanginya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN