KUALA LUMPUR 11 Dis. – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempertikaikan mengapa masih tiada pendirian tegas daripada Kementerian Pertahanan berhubung isu pertikaian maritim antara Malaysia dan Singapura.
Still no solid position from @MINDEFMalaysia, especially @MSabu_Official & @LiewChinTong. SG’s Cabinet fully supporting their nation in maritime dispute, but our Dep DM more focused on old issues which have been explained, further damaging ties with strategic defence allies https://t.co/ngnMAqdiZ3
— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) December 10, 2018
Menurut Bekas Menteri Pertahanan itu, Kabinet Singapura telah memberikan sokongan penuh kepada negara mereka berkenaan isu tersebut berbanding Malaysia.
“Masih tiada keputusan daripada @MINDEFMalaysia, terutamanya Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan timbalannya, Liew Chin Tong.
“Kabinet Singapura beri sokongan penuh kepada negara mereka tetapi Timbalan Menteri Pertahanan kita lebih fokuskan terhadap isu-isu lama yang telah dijelaskan sebelum ini, ia juga merosakkan lagi ikatan strategik sekutu pertahanan,” katanya menerusi akaun Twitter milik beliau, malam tadi.
Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan dalam satu kenyataan mendakwa bahawa kapal-kapal Kerajaan Malaysia secara berterusan menceroboh perairan wilayahnya di Tuas dengan 14 kali pencerobohan setakat ini.
Dakwa beliau, Singapura telah membantah penceroboh berulang menerusi tiga TPN (Nota Pihak Ketiga).
Boon Wan berkata, Singapura memutuskan untuk melebarkan Had Pelabuhan Singapura di luar Tuas melalui Pemberitahuan Maritim dan Penguasa Pelabuhan Singapura (Had Pelabuhan) (Pindaan) 2018. – UTUSAN ONLINE










