Masih belum terima surat Abdul Latiff keluar UMNO - Utusan Malaysia

Masih belum terima surat Abdul Latiff keluar UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 24 Dis. – Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad sehingga kini masih belum menghantar surat keluar parti kepada Badan Perhubungan UMNO negeri.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, status Abdul Latiff sampai sekarang masih menjadi tanda tanya malah sehingga kini tidak menunjukkan

kecenderungan untuk menyertai mana-mana politik.

Menurut Ketua Pembangkang Johor itu, pengumuman Abdul Latiff untuk keluar parti tidak dilakukan mengikut saluran betul yang sepatutnya menerusi badan perhubungan negeri.

“Saya harap beliau ikut saluran betul, jika benar mahu keluar buat surat dan beri kepada kami. Kami tetap akan berjuang di dalam UMNO sama ada beliau bersama atau tidak.

“Sepatutnya apa-apa tindakan mesti disertakan dengan hitam putih (surat) dan bukan melalui sidang akhbar,” katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi.

Beliau mengulas status Abdul Latiff yang sehingga kini tidak menyerahkan surat keluar parti termasuk melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Mersing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×