JOHOR BAHRU 19 Dis. – Keputusan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan tugas-tugas sebagai Presiden UMNO kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan adalah satu ‘seruan’ supaya wakil rakyat parti itu yang meninggalkan UMNO supaya kembali ke pangkuan parti.
Bendahari UMNO Johor, Datuk Md. Jais Sarday berkata, ini adalah masa yang tepat untuk berbuat demikian dalam usaha mengukuhkan kembali parti berkenaan.
“Saya menyeru agar Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan kepimpinan UMNO yang baru-baru ini meninggalkan parti, pulanglah kembali ke pangkuan keluarga besar ini demi kebangkitan UMNO ke arah
“Saya yakin, ahli-ahli parti dan orang awam di peringkat akar umbi akan sama-sama membantu memperkukuhkan parti demi memelihara agama, bangsa dan tanahair,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.
Ahmad Zahid malam tadi membuat pengumuman akan menyerahkan tugas-tugas presiden kepada Mohamad bagi menyelamatkan parti daripada terus berpecah dan demi penyatuan ahli-ahlinya.
Langkah tersebut kata Ahmad Zahid, penting dalam memastikan UMNO bangkit terutama ketika ramai Ahli Parlimen dan ADUN menerima pelbagai tekanan agar meninggalkan parti. – UTUSAN ONLINE










