Marhan rela disakiti - Utusan Malaysia

Marhan rela disakiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Andai membenarkan badan menjadi sasaran bola adalah pilihan terbaik menghentikan pukulan sudut penalti Belanda, maka pengorbanan itu sanggup dipikul pelari pertama Malaysian Tigers, Muhammad Marhan Abdul Jalil daripada melihat gawang negara menjadi ‘kenduri gol’ gergasi Eropah itu, esok.

Malaysia akan menentang Belanda dalam aksi sulung Kumpulan D Piala Dunia 2018 di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India.

Berdasarkan 33 pertemuan dengan pasukan ranking No.4 itu, skuad negara yang menghuni tangga ke-12 dunia hanya mampu meraih tiga kemena­ngan.

Dalam kempen di Bhubaneswar, Belanda akan menggunakan sepenuhnya khidmat pakar pukulan sudut penalti mereka Jeroen Dolf Hertzberger.

Hertzberger cukup dikenali Marhan kerana mereka adalah rakan sepasukan dalam Liga Hoki Malaysia (MHL) bersama Universiti Kuala Lumpur (UniKL) musim ini.

“Semasa bersama UniKL kebanyakan gol kami dijaringkan Hertzberger dan dia telah meledak 12 gol untuk musim ini.

“Sebagai pelari pertama negara, saya sedia korbankan badan ini untuk menyekat pukulan sudut penalti Belanda dan sudah pasti Hertzberger akan menjadi sandaran utama pasukannya,” kata Marhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN