KUALA LUMPUR 30 Nov. – Andai membenarkan badan menjadi sasaran bola adalah pilihan terbaik menghentikan pukulan sudut penalti Belanda, maka pengorbanan itu sanggup dipikul pelari pertama Malaysian Tigers, Muhammad Marhan Abdul Jalil daripada melihat gawang negara menjadi ‘kenduri gol’ gergasi Eropah itu, esok. Malaysia akan menentang Belanda dalam aksi sulung Kumpulan D Piala Dunia 2018 di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India. Berdasarkan 33 pertemuan dengan pasukan ranking No.4 itu, skuad negara…