Manchester United pecat Mourinho - Utusan Malaysia

Manchester United pecat Mourinho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 18 Dis. – Jose Mourinho dipecat oleh Manchester United selepas mengharungi prestasi buruk pada separuh pertama musim Liga Perdana Inggeris.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman web, kelab tersebut berkata: “Manchester United mengumumkan pengurus, Jose Mourinho telah meninggalkan kelab itu berkuatkuasa hari ini.

“Kelab ingin mengucapkan terima kasih kepada Jose sepanjang khidmatnya di Manchester United dan selamat maju jaya kepadanya.

“Pengurus sementara akan dilantik dan menggalas tugas sehingga musim ini berakhir, dan dalam masa sama kelab juga akan meneruskan proses pencarian pengurus baharu.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN