Malaysia masih mempunyai kelebihan di Bangkok - Utusan Malaysia

Malaysia masih mempunyai kelebihan di Bangkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Dis. –
Meskipun gagal membawa bekalan sekurang-kurangnya satu gol namun jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe tetap berpuas hati dengan prestasi anak-anak buahnya selepas mengikat Thailand 0-0 dalam aksi separuh akhir Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Begitu pun, kelebihan tetap berpihak kepada Malaysia, jika mereka melakar keputusan sekurang-kurangnya seri dengan jaringan satu gol untuk menempah tiket ke final berdasarkan peraturan jaringan di tempat lawan.

“Saya berasa gembira kerana kami tidak dibolosi. Keputusan seri 0-0 saya menjangkakan Thailand akan bermain lebih kurang sama di Bangkok nanti. Kami kena fokus bertahan dan pada masa menyerang untuk mendapatkan keputusan positif.

“Pemain beraksi mengikut perancangan cuma mereka perlu yakin apabila berdepan situasi menjaringkan gol dan perlu tenang dan bijak mengambil peluang. Secara keseluruhannya, Malaysia bermain dengan baik,”katanya kepada pemberita di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN