KUALA LUMPUR 6 Dis. – Malaysia mencadangkan satu mesyuarat diadakan dengan Singapura bagi menyelesaikan perbalahan kedua-dua negara ketika ini yang saling tuduh menuduh kononnya berlaku pencerobohan sempadan masing-masing. Hubungan dua negara berjiran itu tegang apabila tatacara Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) Lapangan Terbang Seletar di Singapura yang akan melalui ruang udara Pasir Gudang, dikatakan dibuat tanpa persetujuaan Malaysia, manakala Singapura pula menuduh perluasan had pelabuhan di Johor Bahru telah menceroboh perairan…










