Majlis Presiden bincang isu penyertaan bekas ahli UMNO - Utusan Malaysia

Majlis Presiden bincang isu penyertaan bekas ahli UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Isu berkaitan penyertaan wakil rakyat dan ahli UMNO ke dalam Pakatan Harapan (PH) akan dibincangkan di Majlis Presiden gabungan parti dalam pakatan. 

Ketua Setiausahanya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, perkara itu akan dibincangkan semula, walaupun perkara sama pernah dibangkitkan dalam mesyuarat terdahulu. 

“Saya yakin apa yang berlaku (penyertaan anggota parti lain ke dalam PH) dalam pengetahuan pucuk pimpinan setiap parti dalam PH. Saya yakin mereka bijak untuk membuat keputusan mengenainya,” katanya. 

Saifuddin yang merupakan Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Karang di sini hari ini yang menempatkan 69 mangsa banjir.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas jika PH akan menerima wakil rakyat, pemimpin atau anggota UMNO yang meninggalkan parti termasuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor, 13 wakil rakyat dan 21 ketua bahagian yang meninggalkan parti kelmarin. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×