Majlis Peguam: Perjuangan belum selesai - Utusan Malaysia

Majlis Peguam: Perjuangan belum selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Kemenangan pasukan yang jelas mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan berpendirian menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) masih belum lengkap kerana selepas ini akan ada dua pusingan pemilihan lagi yang dijalankan.

Presiden Persatuan Peguam- Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, pusingan ketiga adalah yang paling penting kerana ia melibatkan pengisian pelbagai jawatankuasa dalam Majlis Peguam.

“Pusingan kedua nanti kita akan promosi calon-calon dari Jawatankuasa Peguam Negeri-Negeri pula. Pengerusi dan wakil negeri akan menduduki kerusi Majlis Peguam juga. Moga kita berjaya juga menampilkan wakil kita di sana.

“Yang lebih penting ialah pusingan ketiga bagi mengisi kejayaan itu. Kita perlukan peguam-peguam bagi mengisi pelbagai jawatankuasa yang ada di dalam Majlis Peguam. Mohon rakan-rakan bijaksana nanti tampil sukarela berkhidmat,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook miliknya di sini hari ini.

Dalam keputusan yang diumumkan malam tadi, lapan daripada sepuluh calon yang disokong Zainul berjaya terpilih sebagai ahli Jawatankuasa Majlis Peguam bagi sesi 2019/2020.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN