Mada terlalu dekat 
di hati Nik Aziz - Utusan Malaysia

Mada terlalu dekat 
di hati Nik Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 13 Dis. – Maahad Darul Anuar (Mada) adalah sebuah sekolah berteraskan pendidikan agama yang diasaskan oleh Allahyarham Nik Mat Raja Banjar, bapa kepada bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Arwah Nik Mat yang lebih dikenali dengan Tok Ku Nik Mat Alim merancang untuk membina sekolah tersebut pada tahun 1961. Soalnya kenapa sekolah, tidak pondok pengajian tradisional?

Sedangkan sistem pengajian tersebut lebih dekat dengan masyarakat negeri ini.

Berpuluh mungkin beratus buah pondok ada di Negeri Serambi Mekah ini. Ini kerana Allahyarham sedar pendidikan formal amat penting bagi memberi lebih peluang kepada pelajar untuk menyambung pengajian.

Pada ketika itu tidak ada sekolah di Pulau Melaka, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah pula terletak jauh dari kawasan itu.

Adik Nik Abdul Aziz, Nik Din berkata, sebenarnya sekolah tersebut adalah perancangan ayahnya khusus untuk abang sulung mereka, Nik Abdul Aziz yang akan pulang dari menuntut ilmu di Universiti al-Azhar, Mesir pada tahun 1962.

“Satu hari selepas solat di atas Masjid Pulau Melaka, arwah ayah bangun memberitahu kepada jemaah yang juga penduduk kampung bahawa beliau berhasrat untuk membina sekolah.

“Ayah kata lebih kurang begini, ‘Aziz akan balik, ilmu dia tinggi, saya nak bina sekolah untuk dia supaya dia boleh mengajar orang kampung, sayang kalau dia keluar kerja di tempat lain’,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Bermula daripada itu, Tok Ku Nik Mat Alim mula mengumpul dana, orang kampung memberi kerjasama yang amat baik, mereka menderma dan sama-sama membina sekolah tersebut.

Pada ketika itu, kawasan tersebut adalah hutan, penuh dengan pokok stang. Mereka menebang pokok itu untuk dijadikan bahan utama membina sekolah ini.

Nik Din yang juga Timbalan Pengerusi Keluarga Nikmatillah berkata, tapak seluas 0.5 hektar adalah milik ibu saudara mereka dan ayahnya telah memohon supaya kawasan itu digunakan untuk membina sekolah.

“Ibu saudara kami bersetuju mewakafkan tanah ini. Sejak itu ayah berjalan ke seluruh masjid di negeri ini untuk mengumpul sumbangan dan proses pembinaan sekolah ini berjalan dengan lancar.

“Abang (Nik Abdul Aziz) balik pada tahun 1962, sekolah ini sudah siap dan beliau menjadi mudir dan mengajar di sini,” katanya.

Walaupun hanya kira-kira lima tahun mengajar di sekolah itu kerana tugasnya dalam politik semakin besar, namun sumbangan Nik Abdul Aziz amat besar.

Kata Nik Din, abangnya amat mengambil berat perkembangan sekolah tersebut dan memastikan fasilitinya yang terbaik.

“Sekolah ini berkembang sehingga mencapai 1,200 pelajar untuk sekolah menengah dan rendah sebelum tahun 2009. Semua anak abang saya menuntut di sini termasuk juga saya,” katanya.

Malah Nik Aziz turut mencadangkan mata pelajaran Bahasa Cina pada awal 2000 di sekolah ini kerana sedar kepentin­g­an bahasa itu sebagai bahasa ekonomi dan digunakan dengan meluas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×