MAB, AirAsia kekal bayar penalti RM10 juta - Utusan Malaysia

MAB, AirAsia kekal bayar penalti RM10 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi mengekalkan keputusan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang mengarahkan dua syarikat penerbangan utama negara Malaysian Airlines Bhd. (MAB) dan AirAsia Bhd. (AirAsia) masing-masing membayar penalti RM10 juta kerana melanggar larangan perkongsian pasaran. 

Hakim Datuk Nordin Hassan membuat keputusan tersebut selepas membenarkan semakan kehakiman yang dikemukakan MyCC untuk mencabar keputusan Tribunal Rayuan Persaingan (CAT) yang sebelum ini mengetepikan bayaran penalti terhadap kedua-kedua syarikat penerbangan itu. 

Dalam penghakimannya, Nordin berkata keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati keputusan responden pertama (CAT) dicemari kesalahan undang-undang dan tidak munasabah.

Berikutan itu MyCC mempunyai locus standi (hak di sini undang-undang) untuk memfailkan semakan kehakiman. 

Sehubungan itu mahkamah memerintahkan dua syarikat penerbangan itu membayar kos masing-masing sebanyak RM10,000. 

Terdahulu peguam yang mewakili MyCC Datuk Lim Chee Wee memohon penalti sebanyak RM10 juta dibayar dalam tempoh tujuh hari namun mahkamah tidak menetapkan sebarang tempoh untuk membayarnya. 

Sementara itu peguam yang mewakili AirAsia Leonard Yeoh ketika ditemui selepas tamat prosiding berkata, pihaknya tidak gembira dengan keputusan mahkamah. 

“Kami akan memfailkan permohonan rayuan di Mahkamah Rayuan nanti,” katanya. 

Dalam prosiding itu MAB diwakili peguam Logan Sabapathy. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×