LEMBAGA Zakat Selangor (LZS) aktif memperkasakan usaha penyampaian dakwah dan perkhidmatan kepada pengeluar zakat menjelang hujung tahun ini. Usaha proaktif tersebut adalah bagi menyantuni keperluan asnaf khususnya di negeri Selangor untuk tahun hadapan. Menurut Ketua Divisyen Kutipan LZS, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini, antara usaha yang dilaksanakan adalah melalui kempen-kempen yang dilancarkan menerusi pelbagai platform termasuk media arus perdana, media sosial dan sesi turun padang. “Ini termasuk program perkongsian di lapangan…










