BENTONG 9 Dis. – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas lori yang dinaikinya terbabas ke dalam sungai di jalan lama Kuala Lumpur-Bentong, di sini hari ini.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daerah, Zainal Abidin Nong Chik berkata, kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu berlaku ketika mangsa bersama dua rakannya dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur.
“Anggota bomba yang tiba di tempat kejadian pada pukul 2 petang mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dan dihantar ke Hospital Bentong.
“Difahamkan terdapat lagi seorang mangsa dan pihak bomba masih meneruskan operasi mencari,”katanya, hari ini. – UTUSAN ONLINE










