Lori bawa bahan kimia terbabas di KM145.4 LPT - Utusan Malaysia

Lori bawa bahan kimia terbabas di KM145.4 LPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN 4 Dis. – Sebuah lori tangki yang membawa bahan kimia terbabas dan melanggar bahagian penghadang jalan di Kilometer 145.4 Lebuh raya Pantai Timur di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu menyebabkan tangki lori berkenaan terbalik di atas jalan raya.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Temerloh, Rosdi Mustafa berkata, kejadian berkenaan bagaimanapun tidak menyebabkan kehilangan nyawa.

“Pada masa ini, Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari Kuantan sedang menjalankan operasi dan kita masih menunggu laporan lengkap,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN