LKAN 2017 Siri 2 kemuka 298 syor penambahbaikan - Utusan Malaysia

LKAN 2017 Siri 2 kemuka 298 syor penambahbaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2017 Siri 2 mengemukakan sejumlah 298 syor penambahbaikan kementerian, jabatan dan agensi dan badan-badan berkanun.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad berkata, laporan itu merangkumi 83 syor terhadap aktiviti kementerian atau jabatan dan badan-badan berkanun Persekutuan, 42 syor terhadap pengurusan syarikat kerajaan dan agensi Kerajaan Persekutuan serta 173 syor bagi pengurusan aktiviti kementerian, jabatan, agensi dan pengurusan syarikat Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, sebanyak 16 pengauditan prestasi dan lapan pengauditan pengurusan syarikat kerajaan telah dilaksanakan di peringkat Kerajaan Persekutuan.

“Manakala di peringkat negeri, 25 pengauditan prestasi dan 13 pengauditan pengurusan syarikat Kerajaan Negeri telah dijalankan. Pengauditan merangkumi pelbagai bidang antaranya pengurusan program/aktiviti, pembinaan, perolehan, sistem/ICT, penyenggaraan dan pengurusan hasil,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama.  

Madinah berkata, laporan itu juga meliputi pengesahan penyata kewangan badan berkanun persekutuan, Kumpulan Wang Persekutuan, Akaun Amanah dan agensi lain bagi 2017. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN