BOURNEMOUTH 8 Dis. – Perebutan gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin sengit apabila Liverpool kembali merampas kedudukan teratas liga selepas membelasah Bournemouth 4-0 di Stadium Vitality, sebentar tadi. Penyerang Mohamed Salah menjadi inspirasi kepada kemenangan The Reds apabila menjaringkan hatrik manakala satu lagi gol dihasilkan selepas pertahanan tuan rumah, Steve Cook tertolak bola ke dalam gawang sendiri. Salah, 26, menceriakan penyokong Liverpool pada minit ke-25 sebelum menggandakan jaringan pada…










