CYBERJAYA – Universiti Limkokwing terus mengukuhkan jenamanya di benua Afrika menerusi pembukaan empat kampus baharu di Namibia, Uganda, Nigeria dan Rwanda seawal bulan Mac tahun depan. Naib Presiden Kanan Pemerkasaan Industri Universiti Limkokwing, Datuk Raja Aznil Raja Hisham berkata, kerja-kerja asas bagi pembukaan kampus di Namibia, Uganda serta Nigeria telah dimulakan dengan pengambilan pelajar sulung dijadualkan pada Mac. Jelasnya, pembukaan kampus Universiti Limkokwing di Rwanda pula disasarkan pada tahun 2020,…










