IPOH – Kebakaran yang mengorbankan enam individu di sebuah rumah kedai dua tingkat di Kawasan Perindustrian Puncak Jelapang Maju, Meru, dekat sini, semalam, dipercayai berpunca daripada letupan bunga api. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak, Senior Asistan Komisioner Yahaya Abd. Rahman berkata, kesan dan sisa letupan bunga api itu boleh dilihat pada semua mayat yang melecur sehingga 90 peratus. “Mayat kebanyakannya ada kesan belerang, kesan bahan letupan daripada bunga api…










