LONDON 4 Dis. – Salah seorang penyokong di Stadium Emirates, Averof Panteli mengakui melempar kulit pisang ke dalam padang ketika pertemuan derby London dalam saingan Liga Perdana Inggeris menyaksikan Arsenal menang 4-2 ke atas Tottenham Hostpur, kelmarin. Pemandu van itu dilihat melempar sisa makanan tersebut daripada seorang kanak-kanak yang telah selesai menjamu pisang, lapor media Sun. Dia mengakui melempar ke arah bintang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang tanpa memikirkan implikasi perkauman. “Saya…










