Lelaki ‘pura-pura’ sakit jantung selepas ambil gambar tanpa kebenaran - Utusan Malaysia

Lelaki ‘pura-pura’ sakit jantung selepas ambil gambar tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES 22 Dis.- Seorang lelaki ‘berpura-pura’ diserang sakit jantung selepas ditangkap kerana mengambil gambar seorang wanita tanpa kebenaran di dalam kereta api, di sini.

Portal Mirror Online melaporkan, lelaki tersebut mencetuskan kemarahan wanita itu yang beberapa kali mengarahkannya memadam semua gambar yang dirakam secara senyap.

Keengganan lelaki itu berbuat demikian mencetuskan pertelingkahan yang berlanjutan selama 10 minit.

Polis yang menerima laporan tentang kejadian berkenaan cuba menolak lelaki itu dari tempat duduk penumpang dan mengarahkannya keluar dari kereta api tersebut.

Lelaki yang enggan menurut arahan itu tiba-tiba memegang dadanya seolah-olah diserang sakit jantung.

Insiden tersebut dirakam penumpang lain dan menerima 1.2 juta tontonan di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×