TAPAH 2 Dis. – Seorang lelaki Orang Asli maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori muatan ikan di Batu 1, Jalan Tapah-Cameron Highlands di sini pagi tadi. Nahas pada pukul 7 pagi itu mengorbankan Bah Mazlan Junr, 20, yang maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah. Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 itu dalam perjalanan…









