PULAU PINANG 23 Dis. – Seorang lelaki Myanmar maut ditikam rakan senegara dalam pergaduhan dipercayai akibat salah faham di sebuah rumah dua tingkat,di Jalam Siam, Georgetown, di sini hari ini.
Kejadian itu disedari majikan mangsa yang datang ke rumah yang didiami kedua-dua warga Myanmar berkenaan kira-kira pukul 10 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zainol Samah berkata, mayat lelaki berusia 29 tahun itu ditemukan di ruang tamu rumah dalam keadaan berlumuran darah dengan beberapa tikaman di dada, rusuk dan belakang badan.
Sehubungan itu, kata beliau, polis menahan seramai 11 lelaki bagi membantu siasatan kes berkenaan.
“Berdasarkan siasatan awal, seorang suspek yang ditahan mengaku melakukan pembunuhan itu dan memberitahu telah menikam mangsa.
“Difahamkan, mangsa dan rakan-rakannya tinggal di rumah terbabit kerana melakukan kerja-kerja ubahsuai di bangunan berhampiran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Zainol, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang ( HPP) untuk bedah siasat dan kes itu di siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – UTUSAN ONLINE










