Lelaki maut kemalangan jalan raya - Utusan Malaysia

Lelaki maut kemalangan jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan di Lebuh Raya Connought menghala Kajang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, mangsa, Yee Jun Pin, 25, pemandu lori meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penunggang motosikal, Muhammad Haziq Zainol, 26, mengalami cedera ringan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kemalangan tersebut berlaku apabila lori yang dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terlanggar penunggang motosikal tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa yang memandu dari arah persimpangan Jalan 39/199 menghala Lebuh Raya Connought hilang kawalan lalu terbabas yang menyebabkan terlanggar motosikal ditunggang Muhammad Haziq.

“Ekoran daripada itu, lori tersebut terbalik di atas pembahagi jalan. Manakala, pemandu lori berkenaan yang turut tersepit itu berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN