KOTA BHARU – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan memukul seorang suspek curi dengan kayu hingga mengakibatkan mangsa patah kedua-dua belah tangan dan kaki kiri awal bulan ini. Tertuduh, Shukri Salleh, 42, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Tuan Ruzuaini Tuan Lah. Lelaki yang bekerja sendiri itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah iaitu patah kedua-dua…










