Lebih 600 warga asing dihukum terlibat Daesh di Iraq - Utusan Malaysia

Lebih 600 warga asing dihukum terlibat Daesh di Iraq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGHDAD 31 Dis. – Lebih 600 warga asing termasuk wanita dan berpuluh kanak-kanak dihukum kerana terlibat dengan kumpulan Daesh di sini pada tahun ini.

Iraq mengumumkan ‘kemenangan’ ke atas Daesh pada hujung tahun kaku selepas tiga tahun memerangi mereka.

Menurut Jurucakap Kehakimannya, Abdel Sattar Bayraqdar, seramai 616 orang dituduh terlibat dengan Daesh mengikut Undang-undang Anti-Terorisme Iraq.

“Suspek-suspek terdiri 466 wanita, 42 lelaki dan 108 kanak-kanak.

“Mengikut undang-undang itu, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman mati kepada sesiapa didapati bersalah menyertai kumpulan Daesh meskipun tidak terlibat pertempuran,” katanya.

Menurut sumber, lebih 300 suspek dijatuhkan hukuman mati dan 300 lagi dihukum penjara selama 20 tahun pada April lalu.

Kebanyakan wanita yang dijatuhkan hukuman terlibat dengan Daesh dari Turki dan republik dalam bekas Kesatuan Soviet. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN