Lebih 15,000 sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham Nik Aziz - Utusan Malaysia

Lebih 15,000 sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham Nik Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Dianggarkan lebih 15,000 peserta himpunan aman menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) #DaulatHimpunan812 telah berkumpul di depan pusat beli-belah Sogo untuk bergerak ke Dataran Merdeka.

Antara tokoh yang berada di tempat tersebut ialah Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Ketua Puteri UMNO dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

NIK ABDUH
Nik ABDUH mengimamkan solat Zohor berhadapan pusat beli-belah Sogo yang menjadi medan berkumpul para peserta himpunan aman menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) #DaulatHimpunan812 sebelum berarak ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Peserta yang hadir turut menyedekahkan al-Fatihah kepada bekas bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai mengenangkan jasanya dalam mempertahankan Islam di negara ini.

Nik Abduh kemudian menjadi imam solat Zohor yang diadakan di atas jalan simpang empat berhadapan pusat beli-belah Sogo. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN