Lebih 10,000 perbaharui pasport dalam talian - Utusan Malaysia

Lebih 10,000 perbaharui pasport dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT 23 Dis. – Sejak sistem MyOnline Pasport mula diperkenalkan bermula 1 September 2016
hingga sekarang, Jabatan Imigresen menerima lebih 10,000 permohonan pembaharuan pasport
secara dalam talian.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, kemudahan itu perlu disebarluaskan lagi  kepada seluruh lapisan masyarakat bagi membolehkan lebih ramai pelanggan menikmati 
perkhidmatan tersebut tanpa perlu bersesak-sesak di kaunter. 

“Secara purata kita mengeluarkan kira-kira 2.5 juta pasport dalam setahun bersamaan kira-kira 
200,000 sebulan yang merangkumi permohonan baharu dan memperbaharui.

“Jadi kita ingin mendidik masyarakat tentang kemudahan dalam talian yang disediakan kepada 
warganegara Malaysia. MyOnline Pasport ini sungguh mudah, gambar boleh dipotong 
berdasarkan spesifikasi gambar ditetapkan diikuti bayaran secara dalam talian dan kemudian 
pelanggan hanya perlu datang ke pejabat untuk serahan pasport sahaja,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pejabat Pengeluar Pasport 
Cawangan Imigresen Besut di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×