Senyuman manis menyapa setiap mata yang memandang, sekali gus menerbitkan rasa senang dalam hati. Bukan mudah sebenarnya untuk bersua bicara dengan wanita besi yang satu ini. Kesibukannya sebagai pengacara, pelakon dan usahawan hebat menuntut komitmen yang sangat tinggi. Sehingga ada yang bertanya, dia punya masa untuk diri sendiri atau tidak? Namun di saat Neelofa ini mencipta kejayaan demi kejayaan, diari seninya dipercik lumpur yang mungkin sukar untuk dirinya terima. Kecaman…










