KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa Australia menahan lapan rakyat Malaysia susulan serbuan di dua lokasi berbeza oleh Pasukan Kawalan Sempadan Australia (ABF) pada Isnin lalu. Memetik laporan portal berita negara tersebut, news.com.au melaporkan pihak berkuasa menahan lima rakyat Malaysia yang dikatakan terbabit dalam sektor pertanian ketika serbuan pertama di Torrensville, pinggir bandar Adelaide, selatan Australia. Dua daripada lima yang ditahan itu pula turut disyaki terbabit dalam pengurusan sebuah sindiket eksploitasi…









