[Langsung] Perhimpunan aman #DaulatHimpunan812 - Utusan Malaysia

[Langsung] Perhimpunan aman #DaulatHimpunan812

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man antara kepemimpinan parti politik yang telah tiba bagi menghadiri himpunan #DaulatHimpunan812.

Turut kelihatan hadir, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. 

zahid-icerd
AHMAD ZAHID HAMIDI antara yang telah tiba.

Setakat ini himpunan telah bermula dengan ucapan pemimpin-pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum bakal dituruti diambil giliran oleh pemimpin-pemimpin politik yang hadir. 

300,000 BANJIRI DATARAN MERDEKA

 

MELIMPAH
 

Setakat ini menurut penganjur, lebih 300,000 peserta telah memenuhi Dataran Merdeka.

Dianggarkan lebih 15,000 peserta himpunan aman menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) #DaulatHimpunan812 telah berkumpul di depan pusat beli-belah Sogo untuk bergerak ke Dataran Merdeka.

Antara tokoh yang berada di tempat tersebut ialah Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Ketua Puteri UMNO dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

nik abduh
NIK ABDUH NIK ABDUL AZIZ mengimamkan solat Zohor yang diadakan berhadapan pusat beli-belah Sogo.

Peserta yang hadir turut menyedekahkan al-Fatihah kepada bekas bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai mengenangkan jasanya dalam mempertahankan Islam di negara ini.

Nik Abduh kemudian menjadi imam solat Zohor yang diadakan di atas jalan simpang empat berhadapan pusat beli-belah Sogo.

Peserta #DaulatHimpunan812 solat di Dataran Merdeka

Suasana di Dataran Merdeka hening seketika apabila puluhuan ribu peserta himpunan aman menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD)#DaulatHimpunan812 mengadakan solat Zuhur secara berjemaah. 

SOLAT-DATARAN
Peserta menunaikan solat zohor dan solat hajat yang diimamkan Ustaz Mohd Ali Jamil ketika menyertai himpunan #DaulatHimpunan812 menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Dataran Merdeka. UTUSAN/FARID JANUDIN
SOLAT
 

Tanpa menghirau terik matahari, kesemua jemaah kemudiannya turut mengadakan solat hajat sebelum himpunan dijadual berlangsung bermula pukul 2 petang nanti. 

Setakat ini keadaan di sekitar Dataran Merdeka dalam keadaan tenang tanpa sebarang kekecohan dibantu kawalan anggota polis serta Jabatan Amal Pas.

doa
 Sebahagian peserta yang menyertai himpunan membaca dan mengamimkan doa pada #DaulatHimpunan812 . – UTUSAN/ROY AZIZ

Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan menjangka 10,000 ahli Puteri UMNO memenuhi Dataran Merdeka tempat himpunan aman menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) #DaulatHimpunan812 akan berlangsung sebentar nanti.

Beliau sendiri yang telah tiba di sekitar Dataran Merdeka berkata, perhimpunan itu penting supaya kerajaan mendapat mesej bahawa rakyat Malaysia menolak ICERD dan tidak perlu membangkitkan lagi usaha meratifikasi konvensyen tersebut.

 

zahida
ZAHIDA ZARIK bersama Puteri UMNO Wilayah Persekutuan di hadapan kompleks beli-belah Sogo.
 
icerd
Sebahagian peserta yang menyertai himpunan #DaulatHimpunan812 . – UTUSAN/Roy Azis Abd Aziz

BERSEMANGAT…Walaupun himpunan aman menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) #DaulatHimpunan812 belum pun bermula, para peserta kelihatan sudah membanjiri beberapa tempat tumpuan di ibu kota.

Mereka yang memakai baju putih dilihat sudah bersedia untuk menyertai perarakan dalam himpunan berkenaan yang dijadualkan bermula pada pukul 2 petang.

Dianggarkan lebih 500,000 orang menghadiri himpunan tersebut.

Kompleks Sogo dipenuhi peserta #DaulatHimpunan812

Kompleks beli-belah Sogo di sini telah dipenuhi para peserta himpunan aman menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD)#DaulatHimpunan812 sejak pagi tadi. 

Kesemua mereka dilihat meluangkan sedikit masa untuk mengisi perut dan berbelanja sebelum berarak menuju ke Dataran Merdeka di mana lokasi #DaulatHimpunan812 diadakan bermula pukul 2 petang nanti. 

sogo
PARA peserta #DaulatHimpunan812 memenuhi medan selera kompleks beli-belah Sogo sebelum bakal berarak ke Dataran Merdeka.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN