SAUDARA PENGARANG,
RAMAI dalam kalangan pemandu kenderaan di Shah Alam, Selangor mahu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengubah laluan trafik berdekatan Plaza Shah Alam di Seksyen 9 kerana sering sesak.
Pada situasi sekarang, para pemandu dari Seksyen 6, 7, 8 dan U11 akan menggunakan Persiaran Kayangan untuk ke destinasi masing-masing.
Keadaan tersebut menyebabkan mereka terpaksa memberi laluan kepada pemandu yang datang dari arah kiri, selari dengan Restoran Pelita, di Jalan Tengku Ampuan Zabedah F 9/F sekali gus memperlahankan aliran yang sedia sesak.
Aliran trafik ini akan menjadi lebih sesak pada waktu puncak, terutama ketika lampu isyarat di persimpangan Hotel Concorde bertukar merah.
Kami penduduk mencadangkan MBSA mengubah sedikit aliran trafik supaya pemandu hanya boleh memasuki Persiaran Kayangan dari jalan di kawasan letak kereta (di antara pejabat Polis Pelancong dengan Co-oPBank Persatuan).
KAMARUDIN HASSAN
Shah Alam, Selangor










