Laluan makin berliku - Utusan Malaysia

Laluan makin berliku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Dis. – Misi Malaysia untuk me­nempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik hoki Piala Dunia semakin sukar selepas sekadar seri 1-1 dengan Pakistan dalam perlawanan kedua Kumpulan D di Stadium Kalinga, India hari ini.

Keputusan itu menyebabkan Malaysian Tigers kekal meng­huni tangga tercorot selepas berkongsi satu mata bersama Pakistan tetapi dipisahkan menerusi perbezaan gol.

Itu bermakna, Malaysia perlu menang atau sekurang-kurangnya seri dengan juara dua kali, Jerman dalam aksi terakhir kumpulan, Ahad ini jika mahu menempatkan diri pada kedudukan tiga terbaik Kumpulan D.

Begitupun melihat prestasi semasa, misi tersebut tampak sukar selepas Jerman membenam Belanda 4-1 dalam satu lagi perlawanan hari ini, sedangkan Belanda sebelum ini mem­belasah Malaysia 7-0.

Sekalipun berjaya mengikat Jerman, Malaysian Tigers juga perlu berharap Pakistan gagal mendapatkan mata apabila menentang Belanda.

Berdasarkan format kejohanan, tiga pasukan terbaik setiap kumpulan layak ke pu­singan seterusnya.

Dalam hari ini, Malaysia sukar menembusi gawang Pakistan terutama pada suku pertama dan kedua yang me­nyaksikan lebih tiga pukulan sudut penalti skuad negara berjaya dinafikan lawan.

Benteng Malaysian Tigers juga berfungsi baik di awal permainan selepas menghalang Pakistan daripada mendapatkan jaringan.

Begitupun, Muhammad Atiq akhirnya menghukum pertahanan Malaysia pada minit ke-51 dengan meledak gol padang buat Pakistan.

Malaysia bagaimanapun tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila Faizal Saari menyempurnakan pukulan sudut penalti, empat minit kemudian.

Jerman yang mencatat dua kemenangan berturut-turut kini mengungguli Kumpulan D dengan enam mata, diikuti Belanda tiga mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN