NOUMEA 5 Dis. – Satu lagi gempa bumi berukuran 6.6 skala Richter melanda New Caledonia hari ini, beberapa jam selepas gempa bumi sekuat 7.6 magnitud menggegarkan rantau Pasifik itu. Namun, tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini. Gempa tersebut berlaku pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 192 kilometer ke timur tenggara Tadine di New Caledonia. Penduduk New Caledonia sebelum diarahkan berpindah ke kawasan selamat selepas amaran tsunami dikeluarkan susulan gempa pertama. –…










