KWSP catat pendapatan pelaburan RM14.61b - Utusan Malaysia

KWSP catat pendapatan pelaburan RM14.61b

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM14.61 bilion bagi suku ketiga berakhir 30 September 2018, peningkatan 12.82 peratus daripada RM12.95 bilion tempoh sama pada tahun lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP, Datuk Mohamad Nasir Ab. Latif berkata, suku ketiga 2018 menyaksikan KWSP menempuhi persekitaran pasaran yang tidak menentu didorong oleh ketegangan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS).

“Walau bagaimanapun, kami berupaya mencatat peningkatan pendapatan hasil daripada pemulihan pasaran ekuiti Malaysia dan ASEAN dalam suku di bawah semakan berbanding kemerosotan yang dialami sepanjang suku tahun sebelumnya, manakala ekuiti pasaran maju terus mencatatkan pertumbuhan positif berbanding suku tahun sebelumnya.

“Ketidaktentuan semakin terasa di rantau ini dan telah menyebabkan kejatuhan dalam harga pasaran ekuiti serantau pada suku keempat 2018. Ini pastinya akan memberi cabaran besar kepada KWSP untuk mengekalkan momentum pendapatan yang sama untuk suku tahun keempat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN