KUANTAN – Amalan pemberian kuota kepada menteri dan ahli Parlimen serta surat sokongan untuk mengerjakan haji telah pun dihentikan mulai musim haji tahun ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh (gambar kecil) berkata, perkara itu dicapai menerusi persetujuan Kabinet supaya kuota 30,200 orang yang diperuntukkan kerajaan Arab Saudi untuk mengerjakan haji dinikmati mereka yang benar-benar layak. “Apabila kuota ini diberikan pula kepada pihak tertentu, jadi kuota untuk rakyat…