SEPANG – Kuota rasmi jemaah haji Malaysia bagi tahun depan kekal 30,200 sekali gus ia merupakan jumlah yang sama sejak tahun lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, kerajaan telah mengemukakan permohonan kuota haji kepada kerajaan Arab Saudi supaya ia ditambah seiring dengan peningkatan penduduk di negara ini iaitu seramai 31 juta. Jelasnya, beliau telah memaklumkan hasrat itu kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi…










