KPKT tetap kaji pilihan raya PBT - Utusan Malaysia

KPKT tetap kaji pilihan raya PBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 10 Dis. – Di sebalik penegasan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak akan diadakan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tetap akan meneruskan kajian mengenainya.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, kajian mengenai pelaksanaan pilihan raya itu diteruskan sebagai salah satu opsyen untuk mempertingkatkan lagi pendemokrasian dalam pentadbiran kerajaan.

“Kajian yang dilaksanakan oleh KPKT ini juga akan mengambil contoh pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan di negara-negara lain di seluruh dunia, dengan mengikut acuan tempatan sekali gus mengambil kira sentimen dan sensitiviti rakyat di negara ini.

“Adalah penting untuk kita terus meneroka kaedah baharu yang bersesuaian untuk dilaksanakan, di samping sentiasa peka dan mempertimbangkan kebaikan dan keburukan dari segala aspek demi memastikan kelestarian rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN