KPKT sedang rangka akta untuk pembangunan rumah ibadat - Utusan Malaysia

KPKT sedang rangka akta untuk pembangunan rumah ibadat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merangka satu akta bagi memastikan rumah ibadat yang belum dibina mendapat kelulusan terlebih dahulu, kata Menterinya, Zuraida Kamaruddin.

Menurutnya, sekiranya akta berkenaan wujud, pihaknya akan membuat satu “by law” ataupun undang-undang kecil.

“Kita juga akan mengadakan satu “pembersihan” dari segi mendapatkan pendaftaran rumah ibadat dan kedudukan mereka di tanah sedia ada.

“Sekiranya kedudukan mereka (rumah ibadat) terletak di tanah yang tidak sepatutnya atau bukan milik mereka, kita harus mengambil tindakan untuk menasihati mereka agar keluar dari kawasan berkenaan,” katanya kepada media selepas merasmikan mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perdagangan Islam Malaysia kali ke-25 di sini hari ini.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, setiap pembangunan rumah ibadat harus melalui proses yang betul. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN