Kontrak potong rumput dibuka tahun depan - Utusan Malaysia

Kontrak potong rumput dibuka tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 1 Dis. – Penamatan kontrak pemotongan rumput yang melibatkan subkontraktor syarikat penyelenggaraan jalan, Roadcare (M) Sdn. Bhd. di negeri ini dilakukan kerana kehabisan peruntukan yang disediakan dalam belanjawan tahun ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Tahir bagaimanapun berkata, penamatan kontrak berkenaan hanya bersifat sementara bagi dua bulan terakhir tahun ini. 

“Tahun depan kita melihat ke hadapan (meneruskan pemberian kontrak pemotongan rumput) dengan belanjawan yang sudah diluluskan oleh Parlimen iaitu semalam kami telah mendapat kelulusan muktamad.

“Saya percaya tahun depan kita boleh kembalikan. Kita faham proses pemotongan rumput dan pembersihan ini mesti berjalan dan saya tahu kontraktor kecil ini mempunyai kehidupan yang mencabar,” katanya dalam sidang akhbar pada program bersama masyarakat setempat di pekarangan Pejabat Parlimen Temerloh di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN