Konsert Siti Badriah ditangguhkan - Utusan Malaysia

Konsert Siti Badriah ditangguhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Konsert Syantik oleh penyanyi Indonesia, Siti Badriah yang dijadualkan berlangsung di Kenanga Wholesale City Mall di sini pada 8 Disember ditangguhkan.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur, Suasana Enak Sdn. Bhd. berkata, penangguhan dibuat atas nasihat pihak tertentu.

“Kami ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.

“Peminat yang telah mendapatkan tiket boleh menghubungi kami semula untuk pembayaran semula,” kata kenyataan tersebut kepada Kosmo! Online.

Terdahulu, tiket berharga RM68 dan RM88 boleh dibeli melalui muat turun aplikasi TicketApps dari App Store atau Google Play.

Untuk keterangan atau maklumat terperinci, peminat boleh menghubungi talian 011-2085 6500 dan 010-301 023. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN