TIDAK banyak komunikasi yang berlangsung antara dua legenda ini di atas pentas, namun keserasian yang ditonjolkan Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M. Nasir untuk Konsert Duo Lagenda cukup sempurna di mata penonton. Konsert yang bermula pada 20 Disember lalu dan berakhir semalam bukan sahaja berjaya mengimbau kembali kenangan lagu-lagu hebat nyanyian dua penyanyi ini, malah dalam masa sama turut mencipta sejarah tersendiri. Ia gabungan pertama kali dua bintang ternama ini…










