KUALA LUMPUR 12 Dis. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melarang mana-mana pihak untuk menjual ubat terkawal Acnotin atau produk-produk yang mengandungi Isotretinoin menerusi dalam talian. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan itu jelas menyalahi undang-undang kerana penggunaan produk tersebut adalah dikhaskan kepada pihak tertentu seperti doktor pakar dalam bidang dermatologi. Katanya, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang berhubung penjualan barangan…










