Sepanjang minggu ini banyak kisah yang berlaku. Antaranya, isu Tabung Haji dan kisah kapal mewah Equanimity milik Jho Low yang dijual separuh harga. Namun berita paling hangat ialah tindakan pemimpin UMNO beramai-ramai keluar parti yang sebahagiannya terdiri daripada ahli Parlimen dan ahli dewan undangan negeri (ADUN). Kalau tidak salah, 17 Ahli Parlimen UMNO telah keluar parti. Itu tidak termasuk ADUN. Kalau ditelah muka setiap pemimpin UMNO yang keluar parti itu,…