Kisah cinta wanita British 
dengan pemandu pelancong Indonesia - Utusan Malaysia

Kisah cinta wanita British 
dengan pemandu pelancong Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KISAH cinta antara seorang wanita British dengan seorang jejaka dari Indonesia

Siapa sangka, niat untuk mengembara solo akhirnya menjadi detik-detik indah apabila Polly Alexandria Robinson bertemu cinta hatinya, Karna Radheya yang merupakan seorang pemandu pelancong dari Bali, Indonesia.

Mereka kemudian mendirikan rumah tangga di Muntilan, Jawa Tengah pada minggu lalu.

Kisah cinta mereka menjadi bualan netizen kerana ia dianggap cukup romantis memandangkan Robinson dikatakan jatuh cinta pandang pertama.

Perkongsian kisah cinta mereka dibuat oleh Robinson menerusi laman Instagramnya iaitu 
@pollyoddsocks.

“Saya bersyukur kerana telah dipertemukan dan berkahwin dengan cinta hati saya.

“Terima kasih Indonesia untuk semua kebahagiaan yang telah diberikan kepada kami,” katanya di laman tersebut.

Rata-rata netizen mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.

Salah seorang netizen, 
@TatikElf menerusi akaun Twitternya berseloroh dengan berpesan kepada individu yang masih bujang supaya tidak bimbang untuk mencari pasangan hidup.

“Kepada anda yang masih belum berpunya, jangan bimbang kerana pasangan hidup mungkin di luar negara dan sedang mencari jalan untuk ke rumah anda,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×